KOTA BHARU: Enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, jumlah itu termasuk kes terbaharu melibatkan seorang pekerja ladang getah warga Indonesia yang ditemukan maut pada Rabu.
Menurutnya, kes serangan bermula pada 5 Julai 2021 di Kampung Sau, Pos Bihai melibatkan kecederaan parah seorang lelaki Orang Asli dan harimau belang betina yang menyerang mangsa berjaya ditangkap serta ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.
“Pada 7 Januari 2022, di kampung sama melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli. Harimau belang yang menyerang mangsa terpaksa ditembak mati kerana cuba menyerang anggota Perhilitan semasa operasi.
“Pada 5 Oktober 2023 di Pos Pasik melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli dan perangkap harimau yang dipasang di kawasan itu masih aktif serta dipantau setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.
Beliau berkata, kes seterusnya membabitkan seorang lagi pekerja ladang warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, maut dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.
“Selang sehari selepas itu, buruh ladang warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut selepas diserang binatang buas itu ketika menoreh getah di Ladang Meranto pada 12 November lalu.
“Perhilitan mengambil langkah proaktif dengan memasang 10 unit perangkap dan kamera di kawasan ‘hotsport’ aduan gangguan harimau,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamad Hafid berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati spesies yang menyerang mangsa terbaharu pada Rabu itu ialah harimau belang atau Panthera Tigris Jacksoni.
Mayat mangsa dikenali sebagai Syabaini, 36, ditemui di kawasan cerun dalam keadaan tidak sempurna di Kampung Kuala Tol di sini, pada jam 5.30 petang.
“Mengikut rekod, aduan harimau belang di kebun getah persendirian itu pada 20 November 2023.
“Pihak kami menasihatkan supaya pemilik sentiasa membersihkan kawasan bersemak samun di kebun masing-masing dan keluar bekerja secara berkumpulan,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023
Anggota Perhilitan Kelantan menunjukkan kesan tapak kaki harimau yang ditemui di Kampung Seberang Lembaga Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang. - Gambar fail/ Bernama
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung.
Pantau Agenda Reformasi: #Alleyesonrafah: Apa yang mampu menyekat Israel?
Meskipun menerima tindakan kecaman daripada masyarakat global, namun itu tidak menghentikan kekejaman Israel di Gaza. Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute memberikan pandangan mengenai isu ini.
Badminton: Kejutan Nur Izzuddin-Sze Fei di Terbuka Singapura
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura.
Sentoria gantung tugas CEO selama tiga bulan sementara menunggu siasatan
Sentoria Group Bhd mengumumkan tugas dan fungsi ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Loh Yuen Tuck telah digantung berkuat kuasa serta-merta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh penggantungan tersebut hendaklah untuk tempoh tiga bulan dan akan berbeza-beza bergantung kepada syor akhir oleh Pasukan Penyiasat Luar (EIT) yang akan dilantik secepat mungkin.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh penggantungan tersebut hendaklah untuk tempoh tiga bulan dan akan berbeza-beza bergantung kepada syor akhir oleh Pasukan Penyiasat Luar (EIT) yang akan dilantik secepat mungkin.
Perdagangan Malaysia-China melonjak kepada RM151.06 bilion setakat April
Jumlah perdagangan Malaysia dan China bagi tempoh Januari hingga April 2024 meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM151.06 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata jumlah kemasukan pelancong dari China ke Malaysia turut melonjak secara ketara sebanyak 217 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2023.
Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata jumlah kemasukan pelancong dari China ke Malaysia turut melonjak secara ketara sebanyak 217 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2023.
Untung bersih MISC naik 24% kepada RM759.9 juta pada suku pertama 2024
Untung bersih MISC Berhad pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) meningkat 24% kepada RM759.9 juta berbanding setahun sebelumnya yang berjumlah RM612.9 juta.
Pendapatan Kumpulan dalam suku berakhir 31 Mac 2024 pula sebanyak RM3.63 bilion iaitu RM559.6 juta atau 18.2% lebih tinggi berbanding suku berakhir 31 Mac 2023.
Pendapatan Kumpulan dalam suku berakhir 31 Mac 2024 pula sebanyak RM3.63 bilion iaitu RM559.6 juta atau 18.2% lebih tinggi berbanding suku berakhir 31 Mac 2023.
PETRONAS dinobatkan Peneroka Minyak Terbaik WoodMac 2023
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) diumumkan sebagai Peneroka Minyak Tahunan Terbaik kategori Syarikat Minyak Nasional (NOC) dalam tinjauan penerokaan tahunan peneraju industri Wood Mackenzie (WoodMac).
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.
Nikotin sintetik sebabkan ketagihan lebih parah - FDA
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Amerika Syarikat memberi amaran bahawa nikotin sintetik 6-methyl boleh memberi kesan ketagihan lebih parah berbanding nikotim semulajadi.
Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC
Konflik antara manusia dan haiwan yang banyak dilaporkan di Gua Musang akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (NRECC).
Enam kes dibaham harimau di Gua Musang
Enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.
Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan
Perhilitan Perak menafikan berlakunya serangan harimau hingga mencederakan seorang kanak-kanak di Gerik, seperti yang tular di media sosial.
Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan
Musim harimau mengawan dan mengajar anak memburu antara faktor utama binatang buas itu mengganas hingga menyebabkan empat kematian di Gua Musang setakat 11 November tahun ini.
Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau
Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini pada Jumaat.
Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau
Lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.
Keluarga harap harimau serang Halim dapat ditangkap
Ahli keluarga Halim Asin yang maut selepas dipercayai diserang harimau Selasa lepas, berharap haiwan itu dapat ditangkap.
Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau
Seorang penternak, Ramli Mohamad, 62, berkata seekor daripada 25 lembunya ditemukan mati dipercayai dibaham harimau Jumaat lepas.